Wednesday, September 8, 2010

DAP MASUK MASJID DI SELANGOR

"DAP MASUK MASJID DI SELANGOR"

tu lah antara berita berita hangat terbaru yang saya dapati di sini.. di Selangor. Sini sana orang cetuskan isu agama.. perkauman.. and sebagai orang luar kat sini, saya berpeluang mendengar dari dua pihak mengenai issue ini. Pihak dari PRO and juga yang CONTRA atas tindakan Teo Nie Cheng - MP Serdang (Rightfully elected thru the proses of Demokrasi Berparlimen) masuk Surau Al-Huda Kajang Sentral.

Pada saya secara personal.. Teo tak patut masuk surau tu and duduk bersama dengan penceramah di barisan Saf Pertama. Teo boleh buat perkara AMAL (memberi sumbangan bantuan) di luar Surau tu. Sepatutnya Pihak PAS buat satu KEMAH KHAS untuk upacara tersebut. Teo harus faham bahawa sentimen ORANG MUSLIM adalah sangat tinggi terhadap protokol masjid. Saya sebenarnya bersetuju dari aspect agama, yang TEO tidak sepatutnya masuk masjid tanpa menutup kepala. Tidak semestinya tudung telekung.. tapi gunalah scarf.

(Luar tajuk - Surau Al-Huda Kajang Sentral.. surau PAS kah? Bila masa ada SURAU PAS and SURAU UMNO? Ermm.. bagaimana pula dengan SURAU DAP (bagi mereka yang Ahli Parti DAP yang beragama ISLAM?) - saja nak buat luar tajuk kononnya.. hehehhe)

Sealiran dengan itu.. saya terkenang kembali kepada dua orang muslim masuk gereja Kristian Katholik menyamar sebagai ORANG KRISTIAN suatu masa tidak lama dahulu. Mereka malahan mengikut upacara keagamaan and memakan "The HOLY COMMUNION" bread yang orang kristian anggap SUCI. Selepas tu mereka MUNTAHKAN bread tu and ambil gambar. Satu benda yang di ANGGAP SUCI and di muntahkan.

Saya ingat lagi alasan yang diberi masa itu.. nak check samada ada orang Islam yang MURTAD berada dalam GEREJA itu. (Cam sama je alasan AMERICA langgar IRAQ nak cari Senjata Nukliar) Juga alasan HEBAT ialah nak BUAT KAJIAN tu tidak salah dalam ISLAM. Tapi ada kah sampai ketahap nak "MENGHINA" agama lain? For me.. Islam yang saya tahu tidak menyeru begitu.

Bila kita kaitankan insiden TEO MASUK SURAU berbanding dengan PENGAJIAN (dari pandangan MUSLIM) / PENGHINAAN (dari pandangan KRISTIAN) PENYAMARAN WARTAWAN MUSLIM MASUK GEREJA.. siapa agaknya telah MELAKUKAN KES YANG LAGI BERAT!!!???

Mungkin, bila saya menulis begini.. Orang Semenanjung akan tidak merasa apa apa atau merasa yang tindakan WARTAWAN tersebut adalah lagi ringan berbanding dengan tindakan TEO yang memberi sumbangan. Di sanalah letaknya perbezaan di antara MUSLIM SEMENANJUNG dengan MUSLIM SABAH... melainkan MUSLIM SABAH tu telah di"Semenanjung"kan lah. :-P. Sentimen MUSLIM SABAH jauh berbeza dengan MUSLIM SEMENANJUNG. Kena datang SABAH untuk memerhati dengan MATA SENDIRI untuk melihat keAKRABan kami dikalangan bangsa yang berlainan dengan agama yang berbeza beza.

Terus saya teringat pada satu incident KEBAKARAN DI SEMBULAN, Kota Kinabalu. Basically.. SEMBULAN merupakan satu kampung yang majoriti penduduknya ialah orang Muslim. Mangsa kebakaran kemudiannya ditempatkan di Balairaya kampung tersebut. Kumpulan pertama yang datang memberi bantuan adalah kumpulan TZU CHI iaitu satu badan kebajikan yang bernaung dibawa ajaran BUDDHA. Mereka memberi bantuan umpama tilam.. baju.. selimut.. MAKANAN.. dengan kerjasama RELA and Jabatan Kebajikan Negeri Sabah.

Dalam satu mesyuarat untuk menangani Mangsa Kebakaran nie, adalah satu persatuan ISLAM (tak payah sebut nama but Semenajung base lah) berdiri dan menimbulkan ISSUE HARAM & HALAL pasal makanan yang diberi kepada mangsa kebakaran yang rata rata beragama Islam. Agak hangat juga debate tu pada masa tu.

Bila pengerusi minta Persatuan Islam tu yang menyediakan MAKANAN.. timbul pula ISSUE yang mereka tak ada BUDGET untuk berbuat demikian.. and dukacita gak lah bila mendengar ada beberapa pihak yang ketawa kat belakang masa tu mendengar alasan yang diberi oleh Persatuan Islam tersebut.

Tapi yang lucunya.. Pihak TZU CHI berdiri and berkata..

"Kami cuma bagi makan nasi sama sayur saja.. tiada daging.. tiada yang haram punya. Kami vegeterian"

Tersipu sipu pihak dari Persatuan Islam tersebut.. kesian mereka. Mungkin mereka belum faham mengenai HUBUNGAN antara MUSLIM dengan AGAMA AGAMA LAIN di Sabah ini. Mereka belum arif mengenai keAKRABan yang saya maksud kan di atas.

You know what? Seronok tau kat Semenanjung nie..basically tak membosankan. Tidak cam kat Sabah.. perhubungan antara kaum atau agama terlalu harmoni. Boring tau tak?! Boring lak tengok Orang Kristian yang menziarahi ahli keluarga mereka yang telah memeluk agama Islam di Hari Raya. Atau sebaliknya. Boring tau bila tengok Jiran MUSLIM sebelah rumah bagi kuih raya pada JIRAN yang bukan ISLAM di SIANG hari masa PUASA. Nak mengharap controversy pun payah kat Sabah nie.

Nak mengharap Issue INDONESIA-MALAYSIA pun mendatar je kat Sabah. Bangsa BUGIS yang rata ratanya orang INDONESIA semuanya baik baik je membawa teksi and bus mereka. Siap duduk makan minum dengan pemandu teksi yang berbangsa CINA lagi.

Boring.. boring.. boring..

Oh ya.. saya saja nak gatal tangan, Kalau saya silap.. saya minta maaf.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. KOSONG-KOSONG.. yeaaaaahhhhh...

4 comments:

  1. Sabah will forever and always will be in my heart.. i wouldn't trade my hometown for all the fancy things in life here.. i admit and guilty as charge that we all enjoy the life here esp entertainment and shopping! but, i think it's not worth it..the older u get, the more u realize that's all gonna fade as u r no longer having that mechanism to use up all the energy.. actually..i donno what im mumbling about oredi..hahaha.. tired n i just read bout this luca lucas facebook comment bout sabah in fb..so, hidup sabah! aramaitiii!!

    ReplyDelete
  2. Princess : you are getting mature already.. but i hope your manja will never fade. Missing you greatly princess.

    ReplyDelete
  3. Bila cakap tentang sensitiviti agama ni, one thing that I always remember.."Bukan salah pisau yang menikam, tapi salah orang yang menggunakannya..dan yang membunuh tue tak semestinya salah, mungkin dia terpaksa membunuh kerana nak pertahankan diri.." hehehe...melalut ape dah ni??...

    ReplyDelete
  4. M.I.F - hahahaha.. agree.. totally. One more thing.. JANGAN SALAHGUNAkan tu "PISAU".. :-)

    ReplyDelete