Suatu zaman dahulu.. masa saya dalam phase Zaman Jahiliah (zaman yang kalau boleh nak saya formatkan dari benak saya).. saya ada seorang kawan bernama Shairadzi tapi kami nicknamed him R.Z. Actually masa tu semua kami guna initial untuk keselamatan kami semasa menjalankan tugas.
R.Z nie lah kawan sejati saya masa tu. Segala yang berlaku dalam hidup dia mesti saya terbabit sama. Kami adalah antara budak budak nakal yang menghuni Petaling Street. Kira macam TAIKO lah. R.Z is a big guy.. bukan fat.. tapi memang besar.. mencecah tinggi 180 cm gitu. So boleh bayangkan berapa lah monopolyzing orang orang gini. In the surface R.Z memang nampak garang.. with his crew cut and muscled build body. But inside he just a big kitty cat. With all the girls prying on him.. i can take an assumption that he is handsome indeed.
On our street.. there is this one beautiful girl; i called her AYU. Kecil je but very very feminine. Dalam hidup kami masa tu.. gadis gadis yang hang-out ngan kami usually bohsia ataupun those girls liar.. so AYU sentiasa akan tertonjol di kalangan gadis gadis ini.
R.Z sebenarnya terpikat dengan AYU tapi DIA tak tau macam mana ngurat budak baik cam AYU. Juga dia malu nak ngaku yang DIA suka pada AYU sebab takut kena kudrat sindiran oleh kawan kawan lain. SO.. apa yang berlaku ialah R.Z memang berusaha nak ngurat AYU gak.. walaupun cara R.Z sebenarnya membuat AYU LEBIH TAKUT dengan R.Z.
AYU.. macam juga gadis gadis baik yang lain.. selalu di nasihati untuk jangan dekat dengan budak budak nakal macam kami. Kerana itu AYU sedaya upaya untuk menghindari R.Z tanpa melukakan hati R.Z. It is BAD nak lukakan HATI orang orang macam kami. Specially kalau kami dalam satu group.
So.. R.Z ngurat style macam budak jahat gak. Yang siul siul. Yang tegur tegur style street thug. Pada mulanya.. saya sangka yang R.Z cuma nak kacau AYU je.. tetapi semakin lama saya nampak R.Z serious dengan GADIS nie. Timbul pula rasa kesian saya dengan R.Z yang memang "buta huruf" dengan "ngayat" awek.
So.. saya bagilah dia TIPS.. camna nak ngurat gadis baik cam AYU. Ambil tahu bila birthday dia. Shopping Mall mana Fav AYU. Mana kampung AYU. Makanan kegemaran AYU. Siapa artist fav AYU... semua lah yang perlu.
..and to my suprise.. R.Z betul betul buat semua tu. Actually memang tugas kami untuk tau semua tu.. so agak mudah lah nak info camtu.. with all the right connection.
Selepas berbulan.. hampir setahun gak.. R.Z dok ngayat AYU.. and AYU lak cuba sedaya upaya menghindari R.Z. Dengan sejambak bunga di tangan.. R.Z hulurkan kepada AYU masa birthday AYU. AYU pada masa tu memang dah tak boleh hindar dah.. terus je terpampang R.Z depan muka AYU. Then AYU berkata kepada R.Z.
"Kalau abang suka ngan saya.. sila datang rumah kat kampung.. tanya kepada ibubapa saya"
AYU pusing.. tanpa ambil bunga.. terus beredar dengan kawan kawan dia.
Maka pada MOTHER DAY.. selepas siasatan terperinci and kepastiannya yang AYU akan balik kampung and semua keluarga dia akan berada di kampung.. maka.. R.Z bertemankan kedua ibubapa serta beberapa makcik pakcik - merangkumi 3 kereta serta 1 van.. juga 4 motorbikes.. datang ke kampung AYU untuk menunang AYU.
Gelabah gila AYU masa tu.. that was a priceless thing to witness upon. Ingat lagi dalam kelam kabut.. AYU pakai Tudung pun terbalik..
So that was it.. kenangan indah sempena hari ibu..
Saya masih ingat lagi AYU pernah berkata.. Sebenarnya AYU benci R.Z dengan kerja dia.. dengan gadis gadis jalanan dia.. dengan sifat pukul orang dia.. dengan hampir semua yang ada pada R.Z. AYU buat cabaran hari tu sebenarnya mengharap yang R.Z akan undur diri and tidak kacau AYU lagi. Tapi bila R.Z muncul depan rumah AYU (yang agak comot masa tu).. AYU tahu yang R.Z adalah lelaki sebenarnya yang selama ini AYU cari. AYu nampak keikhlasan hati si GIANT itu...
haaaaahhhhhhh.. amore...
But.. cerita ini tidak berakhir dengan kebahagiaan.. 3 bulan selepas peristiwa itu.. R.Z meninggal dunia dalam satu kemalangan lumba motor haram. Cuma hari itu saja saya tidak bersama R.Z setelah bertahun bersamanya. Cuma pada hari dia accident saya tak ada...
Ramadhan Kareem
10 years ago

:")
ReplyDeleteAmore.......im feelin happy while read this story but sad in the end...
ReplyDeleteto LIN: :"(
ReplyDeleteto Future Mom: sometimes bah.. i wished that i will not go thru this type of experience..