Monday, August 17, 2009

Jason De Albuquerque

After work, the upper management from KL ajak kami pergi late dinner. It's kinda great actually sebab it's a sign yang kami tidak mengecewakan dalam melaksanakan tugas. Acknowledgement tu.

Tempah lah 4 meja and kami yang kuli kuli nie duduk la meja yang terbelakang sekali. Ada sepuluh orang dalam satu meja and hampir semua kami tidak mengenali secara peribadi with each other melainkan sekadar "hello" or "work-related" subject.

"You orang mana Cik Judy?" tanya si LIM pada si JUDY.

LIM sebenarnya team dari KL yang cuma datang melawat dengan boss dia. Engineer juga lah. And si JUDY nie pula actually errmm.. dia actually bermuka cina dengan mata sepet, berkulit putih and dia nie actually bertudung sebab dia beragama Islam. Bukan muallaf tapi born Muslim. Saya rasa memang dah puas dia jawap soalan camtu.

"Saya orang Kudat - half Chinese - half Dusun" jawap si JUDY

"Dusun Rambutan atau Dusun Durian?" sambung si JASON menyampuk dengan ketawa yang kuat seolah olah ingin menarik perhatian.

Jason actually saya kenal dia dari mula mula saya start kerja sini. Orang dia ni macam sombong. Dia tak akan join orang bawah and selalu buat site area macam bapa dia punya. Lagak dia bertambah tambah la dengan kehadiran upper management dari KL.

Saya fikir ini kali ke empat dia bertanya begitu kepada JUDY. Setiap kali ada orang baru dalam group kami and orang tu bertanya apa bangsa si JUDY, si Jason akan nyampuk dengan soalan bodoh dia tu.

Hari tu saya tak tertahan sudah dengan "JOKES" si JASON nie. Pada saya dia harus disedarkan dari singgahsana tempat dia beradu.

Saya membetulkan duduk saya. Meletakkan tangan diatas meja. Lepas tu pula yang bertanya kepada si JASON.

"Jason. You ni dari mana? Bangsa apa?"

"Ini orang KL" katanya dengan jari telunjuk dia menunjuk muka dia - seolah olah bangga dengan KL tempat asalnya.

"Bangsa apa?" saya bertanya.

"Bangsa Cina lah" jawap si JASON dengan ada sedikit keliruan di mata dia.

"CINA Shantung?" saya menekan jauh.

"Oiiii.. apa lu tanya? Lu mau issue bangsa kah" naik berang pula si Jason. LU? wow.. nampaknya saya dah tertekan suis sensitive dia.

Kepada yang tak faham, biar saya jelas kan. Memanggil seseorang CINA tu sebagai CINA SHANTUNG adalah sama seperti memanggil ORANG ASLI yang telah memeluk agama Islam and mempunyai status bangsa "MELAYU" sebagai "MELAYU JAKUN."

Tiba tiba keadaan meja kami agak tegang. Si LIM yang baru joint kami tu serba salah samada mau sokong saya atau nak sokong kawan sebangsa and sedaerah dengan dia.

"Jason is only joking bah tu Marx" kata di Judy dalam usaha mau menenangkan keadaan.

"It's just a question lah. If Jason boleh gurau pasal bangsa Sabah, Jason juga sepatutnya boleh menerima orang jokes pasal bangsa Jason. Bukan begitu kah Jason?" jawap saya dengan jelas emphasising on his name.

Merah padam muka si Jason menahan marah. Dia sedar yang dia tu keturunan pendatang yang di jemput oleh Yapp Ah Loi. Asal usul yang merempat juga. No.. jangan silap.. saya langsung tidak bersifat racist. Saya juga basically bukan NATIVE kepada Sabah. And yes darah cina juga mengalir dalam diri ini tapi Jason kena sensitive dengan asal usul NATIVE Sabahan. Dia tak boleh masuk kampung orang and berlagak seperti Afonso de Albuquerque. Dia kena sedar sebelum apa apa terjadi kepada dia - sama seperti apa yang berlaku kepada J.W.W Birch si Pasir Salak.

Encik Hairollah - datang ke meja kami selepas ada orang memberitahu apa yang berlaku di meja kami. Dia duduk bersembang dengan Jason sekejap and dari muka si Jason, saya singkatkan yang dia sedang kena lecture oleh Encik Hairollah.

Selepas dinner.. right about kami mau tinggalkan restaurant tu, Jason come-up to me and sedikit marah kerana menjatuhkan air-muka dia depan orang lain - kononnya lah. Banyak yang dia cakap actually, tapi yang saya tertangkap ialah "Foreigner".

"Jason.. look.. i can speak better Malay then you. I can speak english much better than you. I can speak more than 3 languages than you. I can even speak your language - i am more Malaysian than you."

"Lu cakap cina la kalau lu tau" si Jason mencabar saya.

"YA MA KAH HAI" slamber saya cakap.. and memang saya agak menyesal menyebut perkataan tu selepas tu.

Dalam kereta masa pulang bersama Judy dengan dua orang lagi, keadaaan agak kecoh sedikit. 2 orang lain tu gembira sangat dengan tindakan berani saya. Judy cuma diam saja. Sekali dia bersuara..

"CHINESE SENANJING bah tu".

Much to the roar of laughter of the 2 person tadi. 2 orang nie pun Sino - half Chinese half Native- juga actually. Saya pula yang terdiam.

Masa saya turun dari kereta, Judy lent towards me and berkata..

"MARX, just to tell you this. my boyfriend-ALAN is a Chinese Shantung"

Darn-it! Me and my "Semangat Patriotism"!

5 comments:

  1. masa mula2 saya pindah ke penang dulu...gurauan orang semenanjung memang seperti dijangkakan...mereka tanya sama ada saya ni orang dayak kah?..saya tinggal di bandar atau di hutan?...mereka panggil saya dengan nama "Kamuk"...tanya saya datang penang naik belon kah?...dan bermacam2 lagi lah...hehehe..dan ada yang tanya saya..first time datang malaysia?....berkerut dahi saya..selama ni saya di negara mana ya..erm...

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. same experience dengan saya juga Neesa. Pernah satu orang dari Perak bertanya kepada saya kenapa nama daerah daerah di Sabah ni pelik pelik cam tak ada nama lain. Padahal dia sendiri duduk di PARIT. hehehe

    ReplyDelete
  3. tak semua org semenanjung macam tu... i have friends from sabah... hehehe 1 kampung dengan nees pon ada... even my bf also from sabah bah... ya loves you too... hehehehe...

    ReplyDelete
  4. cis.. sapa gak BF si NANI nie? :-(

    ReplyDelete
  5. haha
    perbualan kamu disini agak lucu
    aku suka
    haha

    ReplyDelete